MAKSUD PEDAGOGI

Apakah Maksud Pedagogi ? – Pedagogi adalah cara mengajar dan sains dalam pendidikan. Secara tempatan, maksud pedagogi adalah kaedah pengajaran yang diaplikasi oleh guru-guru di sekolah. Pedagogi adalah termasuk dalam Sains Sosial dan Kemanusiaan dan berkaitan dengan sains lain seperti Psikologi, Sosiologi dan Antropologi.

Secara umum, objektif pedagogi adalah merancang, menganalisis, mengembangkan dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk meningkatkan realiti pendidikan dalam pelbagai bidang: keluarga, sekolah, sosial dan pekerjaan. Kesan pedagogi adalah berpanjangandan boleh memberikan kesan positif untuk sepanjang hayat.

.

PENGENALAN DAN MAKSUD PEDAGOGI

Kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang. Ianya merupakan sains pendidikan dan seni cara mengajar di sekolah. Pedagogi melibatkan kajian pengajaran & pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah & interaksi guru & pelajar.

Selain itu, kaedah pedagogi juga melibatkan pembangunan bidang kogniitf, afektif dan psikomotor dalam warga pendidik dan murid-murid.

.

KEPENTINGAN

Membantu guru memahami prinsip pengajaran dan pembelajaran.

Memudahkan guru memilih kaedah pengajaran yg sesuai dengan tahap pelajar

Memudahkan guru merancang pengajaran yang lebih efektif

Penguasaan pedagogi oleh guru mampu mengembangkan potensi pelajar

guru mengajar maksud pedagogi kepada pelajar
Pembelajaran Dalam Kelas Perlulah Kreatif

.

KLUSTER PEDAGOGI

Pedagogi tergolong dalam 3 kluster iaitu kluster antik, kluster klasik dank luster kontemporari. Setiap kluster mempunyai kaedah pengajaran  dan cara pembelajaran yang berbeza dari segi guru dan murid-murid. Lanjutannya adalah seperti di bawah :

.

KLUSTER ANTIK

GURU

Sangat mementingkan peraturan

Pengajaran berbentuk sehala dan rigid

Guru sebagai sumber maklumat

.

MURID

Menjadi murid yang pasif

Murid menjadi orang yg tidak penting

Tugasan murid hanya sebagai pengambil ilmu

Murid seorang yang taat

.

KLUSTER KLASIK

GURU

Mahir memberi arahan

Peranan yang lebih spesifik

Mneggunakan perbandingan dalam komunikasi

.

MURID

Pemikir yang kreatif dan inovatif

Ahli kolaboratif dan boleh bekerjasama

Sebagai penyelidik dalam sesuatu perkara

.

KLUSTER KONTEMPORARI

GURU

Gµru mengemukakan idea untuk dikongsi bersama murid

Gurµ membuka ruang kepada murid utk menggunakan apa sahaja

untuk digunakan sebagai alat mengajar

Guru menjadi pemudah cara kepada murid

.

MURID

Mampu mendapatkian maklumat sendiri

Mahir menggunakan peralatan

Mampu membuat rekaan dan inovasi

.

Selain maksud pedagogi,

Anda Mungkin Berminat : Doa Belajar dan Doa Penerang Hati

.

IMPLIKASI PEDAGOGI

Motivasi dan fokus murid semasa pengajaran dan pembelajaran berkait rapat

dengan cara pengajaran guru. Dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu.

Murid dapat mengembangkan kemahiran mereka jika sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai penerapan nilai-nilai kemahiran.

Setiap kluster membrikan kesan pada guru dalam aspek untuk kekal bersemangat dan bermotivasi untuk mengajar.

Murid dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam jika kluster yang diaplikasi adalah kluster yang efektif.

.

MODEL PEDAGOGI

MODEL ROBERT GLAZER

Pengetahuan sedia ada pelajar.

Fokus kepada kaedah mengajar

Menekankan kepada objektif pengajaran

Penilaian prestasi murid-murid

Penekanan pada perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

.

MODEL INKUIRI

Segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan,

Daripada masalah yang dikemukakan. mengenal pasti soalan permasalahan

Memahami konsep kajian dan eksperimen

Membentuk hipotesis sebelum kajian

Merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan mendapatkan jawapan membuat rumusan

.

Selain maksud pedagogi,

Anda Mungkin Meminati : Doa Untuk Permudahkan Urusan Dunia Akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *