KEPENTINGAN PENDIDIKAN
Antara kepentingan pendidikan yang utama ialah, ianya merupakan tunjang kepada kemajuan sesebuah negara. Hala tuju pendidikan sesebuah negara perlu jelas dan boleh dicapai oleh semua pihak. Dalam pembentukan sesebuah polisi, semua golongan dan lapisan masyarakat tidak boleh terpinggir daripada arus kemajuan pendidikan ini.
Apabila pelaksanaan polisi pendidikan direalisasikan, banyak kepentingan pedidikan yang bakal dinikmati oleh rakyat, individu dan negara secara amnya. Berikut disertakan kepentingan pendidikan yang utama.

.
Kepentingan Pendidikan Kepada Rakyat
.
1.Meningkatkan Mutu Pendidikan Negara
Jika ramai rakyat yang berilmu pengetahuan, maka sudah tentulah sebahagian daripada mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Golongan pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk menjadi rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Pendidik yang mempunyai pengetahuan yang luas sangat penting dalam mencorak hala tuju pendidikan negara pada masa yang akan datang. Selain itu, golongan ini akan sentiasa peka dengan perkembangan dunia semasa.
.
2.Melahirkan Pemimpin Yang Cemerlang
Pendidikan kepada rakyat membolehkan negara memiliki pemimpin pelapis yang lebih hebat dan cemerlang. Pemimpin yang berilmu pengetahuan ini akan membuat pertimbangan yang lebih rasional dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang.
Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati
.
Kepentingan Pendidikan Kepada Individu
.
1.Memberikan Keyakinan
Pendidikan dapat mendedahkan potensi mereka. Banyak individu tidak menyedari bahawa mereka mempunyai potensi yang besar untuk melangkah jauh dalam bidang yang diceburi. Selain itu, ilmu juga dapat menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan.
.
2.Kepentingan Pendidikan – Meningkatkan Kemahiran
Mempelajari pelbagai kemahiran akan menyediakan individu untuk lebih berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Ilmu dan pengetahuan yang berguna juga dapat memberikan nilai tambah kepada seseorang individu di samping membantu menambah baik corak pemikiran.
.
Kepentingan Pendidikan Kepada Negara
.
1.Malaysia Sebagai Hab Atau Pusat Pendidikan
Melahirkan Rakyat Yang Berilmu Pengetahuan maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini kerana mereka yang berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Hab pendidikan serantau dapat memajukan negara kita standing dengan negara maju yang lain.
.
2.Melahirkan Banyak Tenaga Pakar Di Negara Kita
Pendidikan berkualiti dapat memberikan banyak kemahiran dan taraf pendidikan yang baik setanding dengan pendidikan yang disediakan di negara-negara yang maju. Menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara lain.
Pendidikan yang berkualiti mampu menyediakan banyak keperluan yang penting kepada para pelajar untuk belajar. Mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara maju yang lain. Pendidikan berkualiti akan mampu menyediakan pendidikan yang baik setaraf dengan mutu pendidikan negara maju.
Anda Mungkin Meminati : Doa Dipermudahkan Urusan Dunia Akhirat
.
Kesimpulan
Pendidikan adalah tunjang kepada kemajuan tenaga dan pambanguna modal insan. Institusi pendidikan tempatan termasuklah sekolah dan universiti perlu menggembleng tenaga dalam merialisasikan impian negara maju dalam bidang pendidikan. Selari dengan arus permodenan, landskap pendidikan berubah dengan pantas dan ianya perlu diadaptasi oleh semua pihak di negara kita.
.
Anda Mungkin Meminati : Doa Untuk Kuatkan Semangat