Kemahiran Belajar dan Pembelajaran Dari Rumah
Kemahiran belajar adalah cara belajar untuk menjadi pelajar yang lebih berkesan terutama ketika pembelajaran dari rumah. Kemahiran ini membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih cekap semasa di dalam kelas dan juga semasa di rumah.
Semasa pembelajaran dari rumah, sumber rujukan adalah terhad. Jadi, pelajar perlu mengoptimumkan sumber-sumber yang ada di rumah ini untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran. Dalam kemahiran ini, pelajar akan belajar mentafsir, menganalisis, menyelesaikan masalah dan mengingat maklumat yang dipelajari.

Konsep Kemahiran Belajar
.
Kemahiran belajar amat penting demi memastikan perkara yang diajar dapat diterima, dihadam dan difahami oleh pelajar. Lebih-lebih lagi sewatu proses pembelajaran dari rumah, belajar secara sendiri merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar. Berikut disertakan kepentingan kemahiran belajar untuk seseorang pelajar :
Kepentingan kemahiran belajar adalah seperti yang berikut:
- Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna. Mempercepat proses pemahaman sesuatu topik.
- Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat. Ianya juga dapat memupuk sifat ingin tahu yang mendalam.
- Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. Ianya dapat memudahkan proses kehidupan seharian.
- Memupuk disiplin kendiri pelajar. Pelajar akan terus kekal bermotivasi untuk belajar.
- Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
- Dapat melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
- Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
- Meningkatkan daya ingatan pelajar. Memudahkan pelajar untuk menghafal fakta dan ilmu.
- Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi pelajar. Memudahkan untuk pelajar menguasai bidang dan kemahiran baru.
- Membantu pelajar memperoleh kemahiran membuat rujukan daripada pelbagai sumber media. Juga dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar sewaktu mencari maklumat.
- Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
- Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya. Pengurusan masa yang berkesan dapat memberikan banyak kesan positif kepada pelajar.
- Melengkapkan diri pelajar untuk menghadapi cabaran ilmu dan digital pada abd ke 21 ini. Perubahan teknologi yang cepat dan lambakan ilmu memerlukan seseorang pelajar itu benar-benar bersedia untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan ilmu pada abad ke 21.
.
Tahap Kemahiran Belajar dan Ilmu
.
Kemahiran ilmu terbahagi kepada 4 tahap iaitu data, maklumat, ilmu pengetahuan dan kebijansanaan. Berikut disertakan penjelasan ringkas berkenaan keempat-empat tahap kemahiran belajar ilmu.
- Data
Merupakan perkara asas bagi sesuatu ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Data yang baik dapat menjana maklumat yang berguna oleh pelajar. Kemahiran untuk mendapatkan data yang baik adalah kemahiran penting bagi pelajar.
- Maklumat
Data akan digunakan untuk menjana maklumat. Maklumat merupakan satu output kepada data yang telah dianalisis. Proses analisis data untuk mendapatkan maklumat adalah penting untuk pelajar.
- Ilmu Pengetahuan
Merupakan keupayaan untuk menghubung kait antara maklumat-maklumat yang tersedia. Keupayaan untuk menguasai ilmu pengetahuan merupakan asas untuk seseorang pelajar agar terus maju dalam bidang yang ingin diceburi.
- Kebijaksanaan
Ilmu pengetahuan yang dimiliki akan menjurus kepada kebijaksanaan. Kebijaksanaan merupakan kesimpulan kepada ilmu-ilmu yang dimiliki. Semakin banyak ilmu yang dimiliki, semakin bijaksana seseorang pelajar itu.
.
Fasa Pembelajaran Kendiri
.
Untuk pembelajaran dari rumah, proses-proses yang berkaitan perlulah dikuasai oleh pelajar. Dalam proses pembelajaran, terdapat 3 fasa yang terlibat seperti yang disertakan dibawah ini :
- Fasa pemikiran
Menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi pembelajaran.
- Fasa pelaksanaan
Memantau dan mengawal perkembangan serta menggunakan beberapa strategi kawalan diri secara kognitif dan bermotivasi menyelesaikan tugas.
- Fasa refleksi kendiri
Membuat penilaian terhadap prestasi ke arah matlamat akhir. Penilaian ini akan menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh memberi kesan positif dan kesan negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan masalah.
.
7 Elemen Dalam Pembelajaran Kendiri
.
Untuk pembelajaran dari rumah, disertakan 7 elemen pembelajaran kendiri yang harus dimiliki oleh pelajar. Berikut adalah disertakan :
- Motivasi sendiri
Pelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan pembelajaran dengan berkesan.
- Merancang
Pelajar mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi tugas pembelajaran.
- Pengawalan tumpuan
Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri merujuk tumpuan yang maksimum terhadap tugasan pembelajaran.
- Aplikasi strategi pembelajaran
Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi.
- Menetapkan matlamat
Pelajar mencari dan mempelajari fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.
- Pemantauan kendiri
Pelajar dapat mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasi matlamat mereka jika perlu.
- Penilaian kendiri
Pelajar pembelajaran regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk metlamat yang telah ditetapkan.
Anda Mungkin Berminat : Doa Sebelum Belajar dan Doa Selepas Belajar
.
Kesimpulan
.
Untuk kemahiran belajar dan proses pembelajaran dari rumah, adalah dapat disimpulkan beberapa perkara seperti yang di bawah ini :
- Kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang memperoleh pengetahuan dan perubahan tingkah laku hasil daripada pengamalan individu itu berinteraksi dengan persekitaran
- Pelajar perlu menguasai kemahiran belajar untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.
- Kemahiran belajar ialah proses yang digunakan oleh seseorang untuk memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atgau peningkatan tingkah laku.
- Mengendalikan pembelajaran kendiri memerlukan pelbagai kemahiran peribadi untuk menguruskan pembelajaran kendiri yang berjaya.
- Kemahiran abad ke-21 ialah satu kemahiran terkini yang perlu dikuasai oleh para pelajar untuk berjaya dalam era maklumat.
- Persekitaran pembelajaran ditakrifkan sebagai segala yang berlaku di dalam kelas, jabatan, fakulti atau universiti serta lokasi fizikal, konteks dan budaya tempat belajar termasuk cara pelajar berinteraksi dann bergaul antara satu sama lain dan suasana pendidikan untuk memudahkan pembelajran.
- Pembelajaran kendiri merupakan suatu proses pembelajaran, iaitu para pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing, memilih alat bantu belajar mereka sendiri dan menggunakannya dalam pembelajaran mereka, termasuklah mengkaji dan menilai pendekatan pembelajarandan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.
- Terdapat tiga kitaran fasa yang menentukan keberkesanan dalam proses pembelajaran regulasi kendiri, iaitu fasa pemikiran, fasa pelaksanaan dan fasa refleksi kediri.
.

Cabaran Abad Ke 21
.
Semasa abad yang ke 21 ini, proses belajar dan pembelajaran adalah semakin mencabar. Pelajar harus disiapkan dengan ilmu yang berguna sebagai persedian untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Antara cabang ilmu yang sedang berkembang pesat adalah ilmu komputer, ilmu berkaitan internet dan ilmu yang berkaitan teknologi.
Perkembangan industri dalam ir4.0 telah merubah landskap pembelajaran dan kerjaya generasi pada masa yang akan datang. Oleh itu, kemahiran belajar dan kemahiran pembelajaran dari rumah adalah sangat penting untuk dikuasai.
Anda Mungkin Meminati : Doa Untuk Kuatkan Semangat Diri