Doa Tarawikh Lapan Rakaat Ringkas Beserta Rumi
Bacaan doa tarawikh biasanya dibaca ketika selepas rakaat keempat dan kelapan semasa solat tarawikh. Jika solat melebihi 8 rakaat, doa tarawikh ini dibaca untuk setiap gandaan 4 rakaat dan juga selepas solat witir.
Kalau biasa berjemaah di masjid ketika tarawikh, kita akan perasan bahawa imam solat akan membaca doa yang seperti di bawah ini. Hampir setiap masjid kita dapat perhatikan bacaan doa ini oleh imam-imam.
Doanya ringkas sahaja, namun maksudnya adalah sangat mendalam. Maksud doanya lebih kepada memohon keampunan dariNya sesuai dengan bulan ramadhan yang juga dikenali sebagai bulan pengampunan.
Jom kita hafal doa tersebut. Boleh juga diamalkan sebagai doa selepas solat fardu.
.
Bacαan Doa Tarawikh Ringkas 1

.
Bαcaan Dalam Rumi :
Allahumma inna nas aluka ridhoka wal Jannah
wa na’uzubika min sakhathika wannar
Allhumma innaka ‘afuwwun kareem
tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna
Wa ‘an jami’il
muslimina walmuslimat, birohmatika ya~ arhamar-rohimin
.
Maksud Doa :
Ya Allah, kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga
dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan api neraka
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia,
Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah kami
Dan orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dengan kasih-sayang-Mu hai Yang Teramat Penyayang daripada sekalian orang-orang yang penyayang
.
Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati Untuk Anak-Anak
.
Bacaan Doa 2
Berikut adalah doa versi kedua, hampir sama dengan doa yang diatas, cumanya yang sedikit panjang pada ayat yang terakhir, ada sekali ditiupkan doa untuk ibu bapa dan orang-orang mukmin. Berbeza dengan doa yang dia atas ialah, yang di atas adalah sedikit ringkas berbanding yang di bawah ini. Namun, bacaannya senang sahaja.
اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة
ونعوذبك من سخطك والنار
اللهم إنك عفو كريم
تحب العفو فاعف عنا
وعن والدينا وعن جميع المؤمنين والمؤمنات
والمسلمين والمسلمات برحمتك يآ أرحم الراحمين
.
Maksud bagi ayat terakhir :
Dan ibu bapa kami, dan orang -orang mukmin lelaki dan perempuan, orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dengan kasih-sayang-Mu hai Yang Teramat Penyayang daripada sekalian orang-orang yang penyayang
.
Itu sajalah perbezaan untuk kedua-dua doa tersebut. Kalian bebas untuk mengamalkan mengikut keselesaan masing-masing. Berikut adalah doa selepas solat tarawikh. Diharapkan para pembaca sekalian mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Sidang penulis mendoakan agar sidang pembaca sentiasa dilimpahi rahmat olehNya , dimurahkan rezeki dan sentiada dalam perlindungan Allah SWT InsyaAllah.
.
Anda Mungkin Meminati : Doa Untuk Kuatkan Semangat Diri