Doa Sebelum Belajar Dan Doa Selepas Belajar Rumi
Dalam pelajaran, amalan doa belajar, doa sebelum belajar dan doa selepas belajar adalah penting untuk memohon kemudahan dan keberkatan daripada Allah SWT. Jom kita hayati dan amalkan doa-doa yang disertakan di bawah ini. Disediakan juga bacaan doa dalam Rumi serta maksudnya :
.
Bacaan Doa Sebelum Belajar 1
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Bacaan dalam RUMI:
Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..
Maksudnya:
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
Doa Sebelum Belajar 2
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Bacaan Rumi :
Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli..
Maksudnya :
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
.
Doa Selepas Belajar
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ
بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ
Bacaan Dalam Rumi :
Allahummaftahna Futuhal A’rifin, Warzuqna Fahman Nabiyyin, Wailha Malmala Ikatil Muqarrabin, Birahmatika Ya Arhamarrahimin..
Maksudnya :
Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Anda Mungkin Minat : Doa Kuatkan Semangat Diri dan Anak

Menuntut ilmu adalah dituntut dalam Islam. Terdapat banyak cabang ilmu yang perlu kita pelajari. Ilmu yang wajib bagi setiap Muslim itu ialah ilmu Fardu Ain. Ilmu yang perlu dituntut oleh sebahagian daripada orang Islam adalah dipanggil sebagai Fardu Kifayah.
Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia ini mempunyai banyak cabangnya. Contohnya ilmu matematik, ilmu sains, ilmu biologi, ilmu fizik, ilmu bahasa dan banyak lagi yang lain. Semoga usaha kita semua dalam menuntut ilmu diberkati oleh Allah SWT insayaallah.
Semoga perkongsian doa sebelum belajar dan doa selepas belajar ini bermanfaat untuk semua. Disertakan gambar doa di bawah ini untuk panduan para pembaca semua.
Anda Mungkin Berminat : Doa Penerang Hati Untuk Peperiksaan
