Doa Penerang Hati dan Doa Mudah Belajar Untuk Peperiksaan

Doa belajar, doa penerang hati dan doa mudah belajar adalah salah satu usaha untuk mendapat rahmat dan pertolongan Allah SWT dalam peperiksaan dan dalam perjuangan menuntut ilmu. Belajar merupakan jambatan ilmu dan ilmu dapat menjamin kebahagian kita di dunia dan di akhirat.

Orang yang berilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Disertakan di bawah ini doa mudah belajar untuk dikurniakan keterangan hati dan ketajaman fikiran semasa belajar.

Doa Penerang Hati Untuk Belajar

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

.

Bacaan Dalam Rumi :

Allahummaftah alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..

Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli..

.

Maksud Doa :

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.

Anda Mungkin Berminat : Doa Sebelum Belajar dan Doa Selepas Belajar

.

Fadhilat Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu akan mendapat menjamin kebahagian kita di dunia dan akhirat. Untuk urusan di dunia, terdapat banyak cabang ilmu yang boleh dipelajari. Ilmu-ilmu yang dituntut akan memberi manfaat kepada kita dan boleh menyelesaikan banyak masalah dan cabaran dalam kehidupan di dunia ini.

Selain itu, ilmu yang bermanfaat juga dapat digunakan untuk menolong orang-orang di sekeliling kita terutamanya ahli keluarga dan sahabat handai.

Untuk setiap amalan yang dilakukan berdasarkan ilmu yang dimiliki, pahala yang banyak akan menjadi ganjaran. Ganjaran pahala akan menbantu kita semasa di alam kubur dan alam akhirat. Lebih-lebih lagi jika ilmu yang ditinggalkan itu digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain, lagi banyak ganjaran pahala yang akan diperoleh.

Untuk anak-anak yang soleh dan solehah, amalan ilmu daripada ibu dan ayah akan membantu mereka di alam yang abadi. Mudah-mudahan kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah SWT insyaAllah.

.

Doa Mudah Belajar dan Doa Penerang Hati Untuk Rujukan ( Gambar )

Gambar doa penerang hati dan doa mudah belajar.

Anda Mungkin Meminati : Doa Kuatkan Ingatan Untuk Menghafal

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Disertakan gambar doa di bawah ini untuk panduan para pembaca. Sila share dengan rakan-rakan ya.

Gambar Doa

Leave a Reply

Your email address will not be published.