Doa Nabi Sulaiman Halau Semut
Ramai yang mencari doa Nabi Sulaiman halau semut di enjin carian. Berikut disertakan doa yang dikongsikan oleh warga maya untuk halau semut sebagai panduan dan amalan kita. Kisah Nabi Sulaiman dan semut ini diabadikan dalam Al- Quran surah An-Naml Ayat 18-19. Berikut adalah bacaan ayat Al-Quran berkenaan beserta terjemahannya dalam Bahasa Melayu:
.
Ayat Surah An-Naml 18-19
حَتّٰىٓ اِذَآ اَتَوْا عَلٰى وَادِ النَّمْلِۙ قَالَتْ نَمْلَةٌ يّٰٓاَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوْا مَسٰكِنَكُمْۚ
لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمٰنُ وَجُنُوْدُهٗۙ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ
.
18. Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”
.
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ
وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَدْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِبَادِكَ الصّٰلِحِيْنَ
.
19. Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.
Surah An-Naml Ayat 18-19.

.
Dijadikan Doa Untuk Halau Semut
Secara langsung, ini merupakan kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Untuk ayat yang ke 18, walaupun ianya bukan doa yang dibacakan oleh Nabi Sulaiman untuk halau semut secara langsung, namun ini adalah ayat daripada Al-Quran dan boleh digunakan sebagai doa.
Bagi ayat yang ke 19 pula, itu adalah doa Nabi Sulaiman secara langsung kepada Allah SWT. Ramai yang berkongsikan doa ini sebagai doa untuk menghalau semut. Al – Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW dan ianya adalah wahyu daripada Allah SWT. Al-Quran mempunyai keistimewaan yang unik dan kita sebagai orang Islam harus percaya dan berpegang sepenuhnya dengan Al-Quran.
Dalam berdoa kepada Allah, harus yakin bahawa Allah yang mengaturkan segala-galanya yang ada di langit dan di bumi. Begitu juga dengan usaha untuk menghalau semut ini, doa hanyalah usaha dan tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT. Yang selebihnya adalah ketentuan Allah dan segala ketentuannya mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita harua yakin dengan perkara ini.
Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati
.
Hukum Membunuh Semut
Berdasarkan perbincangan oleh para ulama di Malaysia, pendapat dan kesimpulan akhir lebih cenderung kepada pendapat yang dibolehkan untuk membunuh semut ini jika ia membawa mudharat dan keburukan kepada kita.
Namun, sekiranya semut tersebut tidak membawa mudharat atau ancaman kepada kita, maka hukumnya adalah tidak boleh untuk membunuhnya berdasarkan hadith Nabi SAW yang jelas melarang kita membunuh semut tanpa sebab.
Diharapkan para pembaca memperoleh manfaat daripada perkongsian artikel yang bertajuk ”doa Nabi Sulaiman halau semut ” ini. Para penulis mendoakan agar sidang pembaca sentiasa dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Anda Mungkin Meminati : Doa Dipermudahkan Urusan di Dunia dan Akhirat