Doa Memulakan Kerja

Doa Pergi Kerja , Doa Masuk Kerja – Amalkan doa memulakan kerja sebagai doa harian sebelum kita mencari rezeki pada setiap pagi. Saat keluar rumah pada pagi hari, hanya Allah yang mengetahui rezeki dan takdir kita pada hari tersebut. Sebagai hamba Allah, kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal. Selain daripada berusaha bersungguh-sungguh, doa dan tawakkal juga perlu agar usaha kita diberkati Allah SWT.

Apakah tujuan bekerja ? Jawapan umum semestinya untuk mendapatkan duit kan. Betul sebenarnya, kebanyakan kerja pada zaman sekarang ini akan dibalas dengan wang. Ada maksud yang tersirat di sebalik kita melakukan kerja iaitu kita berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Mencari rezeki yang halal adalah dituntut oleh agama dan rezeki yang dicari itu akan menjadi darah daging keluarga dan juga anak-anak. Oleh sebab itu, dalam hal pencarian rezeki, harus benar-benar pastikan bahawa rezeki yang diperoleh adalah rezeki yang halal. Lawan kepada rezeki yang halal ialah rezeki yang haram iaitu rezeki yang diperoleh melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Disertakan di bawah ini 3 doa memulakan kerja yang ringkas dan sesuai diamalkan oleh semua. Walaupun bacaannya ringkas, maksud kepada doa-doa tersebut adalah mendalam dan ianya menunjukkan kebergantungan kita kepada ALlah SWT.Semoga perkongsian doa ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

.

Doa Memulakan Kerja 1 

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

.

Bacaan Dalam Rumi :

“Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikmal nasir”

.

Maksudnya :

”Cukup hanya Allah yang menjadi penolongku. Sebab Dia adalah sebaik-baik pelindung, dan sebaik-baik penolong.

.

Doa Sebelum Bekerja 2

ربّ يسّر ولا تعسّر ربّ تمّم بالخير

.

Bacaan Dalam Rumi :

RABBI YASSIR WALA TU’ASSIR WA TAMMIM BIL KHAIR

.
Maksudnya: 
“YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”

.

Doa Sebelum Memulakan Kerja 3

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

.

Bacaan Dalam Rumi :

BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

.

Maksudnya :

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.”

.

Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati

.

Di bawah ini disertakan gambar doa sebelum kerja untuk rujukan semua. Boleh terus dicetak untuk rujukan pada masa hadapan.

Amalkan doa sebelum bekerja ini untuk memperoleh keberkatan

.

Anda Mungkin Meminati : Doa Kuatkan Semangat Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *