Doa Melihat Cermin Dalam Rumi

Disertakan di bawah ini ialah doa melihat cermin untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan semua. Selain itu, bacaan dalam rumi juga disediakan untuk memudahkan bacaan dan maksud doa.

Bacaan Doa Melihat Cermin

doa ketika melihat cermin
Gambar doa ketika melihat cermin

.

Bacaan Dalam Rumi :

Allahumma Kama Hassanta Khalqi Fahassin Khuluqi

.

Maksud Doa :

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku.

.

Gambar doa yang disertakan adalah untuk memudahkan sidang pembaca untuk memuat turun dan mencetaknya. Doa yang dicetak boleh ditampal di bahagian cermin bagi memudahkan kta membacanya.

Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar dan Doa Penerang Hati

.

Rupa Yang Indah, Akhlak Juga Indah

Dalam doa ini, kita memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana dikurniakan rupa yang indah. Rupa dan sifat yang sempurna adalah anugerah daripada Allah SWT. Kita yang sempurna sifat ini wajib mensyukuri nikmat ini dan jangan sesekali kufur akan nikmat tersebut.

Selain itu,kita juga mendoakan agar akhlak kita juga dijaga oleh ALlah SWT. Selari dengan rupa yang indah, Alhamdulillah, akhlak kita juga perlu indah. Akhlak yang baik dapat memberi manfaat kepada ramai orang dan disenangi oleh orang sekeliling.

.

Kelebihan Berdoa

Antara kelebihan berdoa adalah ianya dapat meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah SWT. Allah amat menyukai hamba hambanya yang bergantung harap kepadaNya. Dalam kehidupan kita, tiada satu perkara pun yang terlepas daripada pengetahuan Allah SWT. Jadi, kita memohon agar mendapat yang terbaik dalam kehidupan daripada Allah SWT.

Selain itu, melalui doa juga, kita dapat meningkatkan keyakinan dalam melakukan sesuatu. Keyakinan kepada Allah adalah keyakinan yang utama dalam hidup kita. Yakinlah bahawa Allah SWT yang maha besar dan Dia lah yang menentukan segalanya. Selain itu, berdoa juga dapat meningkatkan motivasi diri kita. Motivasi dapat mengekalkan kita agar terus bersemangat dalam menjalankan aktiviti seharian. Di bawah ini disertakan link untuk doa kuatkan semangat diri.

Anda Mungkin Berminat : Doa Untuk Kuatkan Semangat Diri dan Anak Anak.

Diharapkan perkongsian doa melihat cermin ini dapat memberi manfaat kepada sidang pembaca sekalian. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *