Doa Masuk Tandas dan Doa Keluar Tandas Rumi
Disertakan bacaan ringkas doa masuk tandas dan juga doa keluar tandas untuk rujukan semua. Tandas merupakan tempat tumpuan bagi syaitan dan kita harus memohon perlindungan daripada Allah SWT daripadanya.
Sesuai dengan maksud doa masuk tandas, doa ini sebenarnya memohon daripada Allah perlindungan daripada syaitan jantan dan betina. Selain itu, terdapat juga cara-cara dan adab yang perlu diamalkan oleh orang Islam jika ke tandas.Selepas paparan doa-doa ini, disertakan juga adab masuk tandas untuk panduan semua.
Tandas adalah sinonim dengan tempat yang kotor. Pada zaman dulu-dulu, tandas dibina berasingan daripada rumah kerana ianya dianggap mengganggu keserian rumah. Ada benarnya. Namun pada zaman sekarang, atas dasar keselesaan, tandas telah dibina di dalam rumah. Ianya juga adalah untuk tujuan kemudahan tuan rumah.
.
Doa Masuk Tandas Rumi
Di bawah ini adalah doa untuk memasuki tandas. Disertakan juga bacaan dalam rumi dan maksud bacaan doa. Doa dibawah ini boleh terus dimuat turun dan ditampalkan pada tempat yang sesuai untuk tatapan anak-anak agar senang untuk membaca dan menghafalnya.

.
Doa Keluar Tandas Rumi
Di bawah ini adalah doa untuk keluar daripada tandas. Disertakan juga bacaan dalam rumi serta maksud bacaan doanya. Doa dibawah ini boleh juga dimuat turun dan ditampalkan pada tempat yang sesuai seperti di tepi dinding bilik air. Ianya tempat yang sesuai untuk tatapan anak-anak agar senang untuk membaca dan menghafalnya.

Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar dan Doa Penerang Hati
.
Adab Mαsuk Tandas dan KeIuar Tandas (Ikut Turutan)
1.Membaca Doa Masuk Tandas
Bacalah doa seperti yang di atas sebelum masuk ke dalam tandas. Doa sebelum masuk tandas adalah untuk memohon perlindungan daripada Allah daripada syaitan.
.
2.Masuk Dengan Kaki Kiri
Adab yang pertama yang sering di ajarkan adalah masuk ketandas dengan menggunakan kaki kiri.Islam mengajar umatnya untuk masuk ke kawasan yang baik-baik seperti ke masjid dengan menggunakan kaki kanan. Manakala untuk ke tandas, gunakan kaki kiri.
.
3.Memakai Penutup Kepala dan Alas Kaki
Hukum menutup kepala ketika seseorang masuk ke dalam tandas adalah mustahab iaitu sunat. Adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah memasuki tandas dengan memakai alas kaki dan menutup kepada. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aishah dan Al-Baihaqi yang bermaksud seperti di bawah:
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah R.anha beliau berkata:
كَانَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ غَطَّى رَأْسَه
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W apabila masuk ke dalam tandas baginda menutup kepalanya.
Riwayat Al-Baihaqi (464)
.
Demikian juga sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Habib bin Salih Rahimahullah yang berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ لَبِسَ حِذَاءَهُ وَغَطَّى رَأْسَهُ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W apabila masuk ke dalam tandas baginda memakai seliparnya dan menutup kepalanya.
Riwayat Al-Baihaqi (465)
.
4.Tidak Meluangkan Masa Yang Lama Dalam Tandas
Tandas ialah rumah syaitan dan ianya adalah dikira sebagai tempat yang kotor. Kita perlu menghindari diri daripada berada lama di dalam tandas. Selain itu, tandas juga berpotensi untuk mempunyai bakteria dan kulat yang memudaratkan kesihatan kita. Jadi seelok-eloknya, segerakan urusan di tandas dan keluar dengan segera.
.
5.Keluar Dengan Kaki Kanan
Keluar dari tandas merupakan satu perkara yang elok. Maka ianya perlu dimulakan dengan kaki kanan. Sebelum keluar daripada tandas, pastikan tandas ditinggalkan dengan bersih. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
.
6.Membaca Doa Keluar Tandas
Doa keluar tandas yang boleh diamalkan adalah seperti yang di atas tadi. Bacaannya mudah sahaja dan senang dihafal oleh anak-anak. Doa setelah keluar daripada tandas adalah tanda kepujian kepada Allah SWT yang telah menghilangkan kotoran daripada diri kita.
.
Diharapkan perkongsian doa ini dapat memberi manfaat kepada siding pembaca semua. Penulis doakan agar siding pembaca sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah dan sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya. InsyaAllah mudah-mudahan.