Doa Kuat Ingatan Untuk Menghafal
Bacaan dan hafalan doa kuat ingatan – Berikut disertakan doa kuat ingatan untuk belajar dan juga menghafal. Diharapkan sidang pembaca memperoleh manfaat daripada perkongsian doa ini. Doa-doa ini boleh dibaca selepas solat dan juga dijadikan sebagai amalan harian. Disertakan juga bacaan dalam Rumi untuk memudahkan sidang pembaca sekalian.
Bacaan Doa Kuat Ingatan 1
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ، وَإِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ، اَللَّهُمَّ اغْنِنِى بِالْعِلْمِ، وَزَيِّنِّى بِالْحِلْمِ، وَأَكْرِمْنِى بِالتَّقْوَى، وَجَمِّلْنِى بِالْعَافِيَةِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمْيِنَ.
.
Bacaan Dalam Rumi :
Allah humma inni as aluka fahman nabiyyin, wahifzolmursalin, wa ilha malmala ikatil mokorrabin, allahummaghnini bil ilmi, wazaiyinni bilhilmi, waakrimni bittaqwa, wajammilni bil a’fiyati, ya arhamarrahimin.
.
Maksud Doa :
Maksudnya, “Ya Allah, sungguh aku meminta kepada-Mu pemahaman para Nabi, ingatan para Rasul, dan ilham para malaikat yang mempunyai kedudukan istimewa. Ya Allah, cukupkan aku dengan ilmu. Hiasi diriku dengan hilmu (kesantunan dan kelembutan). Muliakan aku dengan takwa. Baguskan diriku dengan afiat (kesihatan). Duhai, yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.”
.
Doa Kuat Ingatan 2
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.
.
Bacaan Dalam Rumi :
Allahumma inni as aluka nafsan bika mutmainnah, tu’minu biliqa ika, watardho biqadho ika, watafnau’ wi a’to ika
.
Maksud Doa :
Maksudnya, ” Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu. (Hadis Riwayat at-Thabrani)
.
Anda Mungkin Meminati : Doa Kuatkan Semangat Diri dan Keluarga
.
Bacaan Doa Kuat Semangat 3
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَهُم
مِّنَ ٱلطَّيِّبَتِ وَفَضَّلْنَهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍۢ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًۭ
.
Bacaan Dalam Rumi :
Walaqad karramna bani a dama wahamalna hum fil barri wal bahri wa razaqna hum minal toiyibati, wafaddholna hum a’la kasirim mimman khalaqna tafdhila.
.
Maksud Doa :
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; ᶁan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; ძan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
.
Bacaan doa di atas adalah berasal dari surah Al-Isra’ ayat 70.
.
Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar , Doa Penerang Hati dan Doa Kefahaman Selepas Belajar

Penulis doakan sidang pembaca sekalian dimurahkan rezeki dan dipemudahkan urusan seharian. Insyaallah mudah- mudahan.