8 DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT

Dalam kehidupan, amalan doa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat adalah supaya melalui doa ini, dimudahkan urusan kita oleh Allah SWT. Dugaan yang datang dalam hidup adalah satu cara untuk meningkatkan darjat individu dan menambahkan pengalamannya. Ilmu pengetahuan perlu dituntut. Manakala ujian dalam kehidupan merupakan guru kepada pengalaman hidup. Cara menghadapi dugaan pula ialah seni kehidupan dan ianya berbeza untuk setiap individu,

Dugaan yang melanda merupakan ujian dan peringatan daripada Allah SWT. Disebabkan oleh dugaan merupakan daripada Allah, maka Allah boleh memudahkan kita untuk mengharunginya. Allah tidak akan membebani seseorang manusia itu lebih daripada kemampuannya. Oleh itu, berdoa dan pohonlah kepada Allah agar kita diberi petunjun dan kekuatan iman untuk menempuhi dugaan.

Berikut dikongsikan bacaan-bacaan doa yang boleh diamalkan untuk memudahkan urusan apabila ditimpa ujian. Disertakan juga bacaan dalam rumi dan maksud bacaan. Ada 8 doa kesemuanya dan ada di antara doa-doa di bawah ini merupakan doa Nabi-Nabi Allah. Jom kita amalkan.

.

Doa Dipermudahkan Urusan 1 (Doa Nabi Yunus)

Doa Nabi Yunus

Bacaan Rumi :

“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin”

.

Maksud Doa :

” Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

.

Doa Nabi Yunus ini juga boleh diamalkan jika dalam keadaan sedih, gelisah dan ketika ditimpa ujian hidup. Ia menunjukkan bahawa kita sebagai hamba Allah tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian kita. Doa ini juga seringkali digunakan sebagai satu usaha untuk memperoleh kemudahan ketika bersalin. Mudah-mudahan urusan hidup kita dipermudahkan oleh Allah SWT.

.

Doa Dimudahkan Urusan 2 ( Ayat Kursi )

Ayat Kursi Sebagai Doa Memudahkan Urusan

Bαcaan Rumi :

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
Wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem

.

Maksud Doa :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yαng Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yαng tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

.

Bacaan doa ini adalah ayat kursi yang berasal daripada surah Al-Baqarah ayat 255. Doa ini juga digunakan sebagai doa untuk pendinding diri. Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah SWT yang memiliki segala yang dilangit dan di bumi. Di samping itu, ayat kursi ini juga mengingatkan kita bahawa ilmu Allah adalah sangat luas. Dan kesemua makhluk di langit dan dibumi adalah di bawah kekuasaannya.

.

Bacaan Doa 3

Doa Dipermudahkan Urusan

Bacaan Rumi :

Hasbunallah Wani’mal Wakil. Ni’mal Maula Wani’man Nasir.

.

Maksud Doa :

Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, Dan sebaik-baik penolong kami.

.

Amalan doa ini menggambarkan sifat tawakkal yang sepenuhnya kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung dan tempat hambanya memohon pertolongan dalam memudahkan urusan seharian. Apa sahaja urusan kehidupan, lakukan yang terbaik dengan mengikut cara-cara yang betul, selebihnya ialah berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

.

Bacaan Doa 4

Doa Dimudahkan Urusan

Bacaan Rumi :

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

.

Maksud Doa :

Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya

.

Doa di atas merupakan doa bertawakkal kepada Allah SWT. Setelah berusaha, kita perlu berdoa dan bertawakkal untuk kemudahan urusan selepas itu. Dalam doa ini juga mengatakan bahawa tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan daripada Allah SWT. Doa diatas boleh diamalkan untuk memohon pertolongan daripadaNya. Sesungguhnya tidak ada satu pun yang perlaku di dunia ini tanpa keizinan daripada Allah SWT.

.

Doa Dipermudahkan Urusan 5

Surah Al Insyirah

Bacaan Rumi :

Alam nashrah laka sadrak. Wa wa d’ana ‘anka wizrak. Allazee anqada zahrak. Wa raf ‘ana laka zikrak. Fa inna ma’al usri yusra. Inna ma’al ‘usri yusra. Fa iza faragh ta fansab. Wa ilaa rabbika far ghab.

.

Maksud Doa :

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) . Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

.

Surah Al-Insyarah mengingatkan kita tentang kemudahan akan datang selepas datangnya dugaan dan kesukaran. Dalam surah ini, disebut 2 kali ayat yang menekankan bahawa di setiap kesulitan itu ada kesenangan di akhirnya. Terjemahan ayat tersebut berbunyi ” Oleh itu, maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. ” Hal ini menunjukkan kita perlu yakin dan percaya kepada janji Allah SWT. Hambanya perlu betul-betul bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dan berdoa kepadaNya.

.

Bacaan Doa 6 ( Ayat Seribu Dinar )

Ayat Seribu Dinar

Bacaan Rumi :

Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja. Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu. Wa man yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu. Innallaha baalighu amrihi qad ja’alallahu likulli syai in qadran.

.

Maksud Doa :

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

.

Doa dipermudahkan urusan di atas adalah petikan dari surah At-Talaq ayat 2-3 yang dikenali juga sebagai ayat seribu dinar. Doa ini adalah untuk memohon petunjuk dan jalan keluar bagi kesusahan dan kesulitan yang dialami. Jika mengalami kesusahan, doa ini mengingatkan kita bahawa Allah akan memberi kecukupan kepada hambanya jika kita bertawakkal kepada Allah SWT. Allah menyukai hambaNya yang bergantung harap kepada-Nya.

Anda Mungkin Meminati : Doa Mudah Belajar dan Doa Penerang Hati

.

Bacaan Doa 7 ( Doa Nabi Musa AS )

Doa dipermudahkan urusan ( doa Nabi Musa AS )

Bacaan Rumi :

Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii. 

.

Maksud Doa :
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku”

.

Doa di atas adalah daripada petikan Surah Taha ayat 25-28 yang juga merupakan doa Nabi Musa AS. Doa ini selalu diamalkan sebagai doa dipermudahkan urusan untuk belajar dan doa untuk memudahkan percakapan dan ucapan. Apabila ada kesulitan dalam penyampaian, percakapan dan memahamkan orang lain, bolehlah diamalkan doa ini. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT Insyaallah.

.

Doa Dipermudahkan Urusan 8

Doa Ashabul Kahfi

Bacaan Rumi :

Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lanaa min amrinaa rasyadaan.

.

Maksud Doa :

Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).

.

Doa dipermudahkan urusan yang di atas adalah daripada Surah Al-Kahfi ayat yang ke 10. Doa ini merupakan doa yang dibaca oleh pemuda-pemuda yang lari dari kekejaman pemerintah pada masa itu. Sesungguhnya kemudahan dan kesenangan itu adalah milik Allah. Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kesanggupan dan keupayaan hambanya. Maka, berdoa dan berusahalah untuk kemudahan pada hari yang akan datang InsyaAllah.

Anda Mungkin Meminati : Doa Untuk Kuatkan Semangat Diri

.

Keyakinan Dalam Doa – Berdoa kepada Allah dengan penuh keyakinan dan percaya agar ianya diperkenan oleh Allah SWT. Syarat utama mustajabnya doa ialah keyakinan yang penuh kepada Allah SWT. Semoga perkongsian doa ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua. Kita doakan agar sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.

Sila share dengan rakan-rakan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *