Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati
Amalkan Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati ini sebagai doa harian dalam mencari ilmu. Ilmu yang bermanfaat akan memberi kebaikan kepada penuntutnya baik di dunia mahupun di akhirat.
Untuk ilmu fardu ain, ianya adalah wajib untuk semua muslim manakala ilmu fardu kifayah adalah wajib ke atas sesetengah muslim. Ilmu keduniaan juga perlu untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan seterusnya menjurus kepada kebahagian di akhirat.
Fadhilat menuntut ilmu ini sangatlah besar. Ilmu yang dimiliki boleh digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan pada masa yang sama boleh juga untuk kebaikan orang di sekeliling terutamanya ahli keluarga dan jiran tetangga. Ilmu yang dicurahkan kepada orang lain pula akan menjadi saham akhirat.
Sama juga didikan ibu bapa ke atas anak-anak, juga akan menjadi saham akhirat. Anak yang mengamalkan ilmu ajaran ibu bapa akan sentiasa menyumbang kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke alam abadi.
Disertakan di bawah ini doa-doa yang boleh diamalkan ketika belajar. Terdapat bacaan dalam rumi dan maksud doa untuk kemudahan para pembaca sekalian.
.
Doa Sebelum Belajar ( Doa Penerang Hati )

Bacaan Rumi :
Allahummaftah alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..
Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli..
.
Maksud Doa :
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
.
Doa sebelum belajar ini selalu dibacakan oleh pelajar-pelajar sekolah sebelum memulakan pembelajaran. Ianya ringkas, mudah dibaca dan dihafal serta sesuai dengan anak-anak pelajar di sekolah.
Doa Belajar Untuk Kefahaman

Bacaan Rumi :
Allahummaftah alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..
.
Maksud Doa :
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
.
Doa Penerang Hati Untuk Belajar

Bacaan Rumi :
Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli..
.
Maksud Doa :
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
.
Selain sebagai doa penerang hati, doa ini juga seringkali dibaca untuk melancarkan ucapan dan percakapan. Kebiasaannya sebelum berceramah, ada ustaz-ustaz yang mengamalkan bacaan doa ini.
Anda Mungkin Meminati : Doa Dipermudahkan Urusan Dunia Akhirat
.
Doa Kuatkan Ingatan Untuk Hafalan

Bacaan Rumi :
Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiit
.
Maksud Doa :
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.
.
Doa Dipermudahkan Urusan Pelajaran

Bacaan Rumi :
Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lanaa min amrinaa rasyadaan.
.
Maksudnya :
Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).
.
Doa Selepas Belajar

Bacaan Rumi :
Allahummaftahna Futuhal A’rifin, Warzuqna Fahman Nabiyyin, Wailha Malmala Ikatil Muqarrabin, Birahmatika Ya Arhamarrahimin..
Maksud Doa :
Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
.
Doa selepas belajar ini seringkali dibaca dengan doa sebelum belajar dan doa penerang hati. Ianya sedikit panjang dan biasanya diamalkan oleh pelajar sekolah menengah.
.
10 Kelebihan Berdoa Kepada Allah SWT
Selain daripada info-info berkenaan doa belajar, doa sebelum belajar dan doa penerang hati ini, berdoa sebenarnya mempunyai banyak kelebihan kepada umat Islam. Terdapat banyak manfaat, faedah dan kelebihan apabila seseorang hamba itu berdoa kepada Allah SWT. Terdapat sekurang-kurangnya 10 kelebihan berdoa yang bakal diperoleh daripada Allah SWT seperti yang di bawah ini:
.
1.Doa merupakan senjata orang Islam dan juga sebagai pendinding diri. Amalan berdoa merupakan pelindung kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia. Oleh sebab itulah, kita perlu sentiasa berdoa kepadanya.
Selain itu, Allah SWT amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hamba-Nyayang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya. Semoga kita sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah SWT.
.
2. Doa boleh mingkatkan keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah SWT. Melalui berdoa kepada Allah SWT, Insyaallah ketakwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin akan meningkat.
.
3. Amalan berdoa merupakan ubat kepada jiwa. Berdoa akan menjadikan jiwa kita berasa tenteram, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah dalam AL-Quran yang bermaksud, ‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.’(Surah ar-Ra’du ayat 28). Hati yang selalu mengingati Allah akan sentiasa tenteram dan tenang.
.
4. Akan mendapat rahmat dan hikmat daripada Allah. Dengan berdoa, Allah SWT akan menimbulkan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Kita mudah mendapat pertolongan Allah apabila berada dalam lingkungan rahmatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Doa itu adalah anak kunci kepada pintu Rahmat.” (Hadis riwaya Ad-Dailami). Mudah-mudahan Insyaallah.
.
” Tali Allah adalah bermaksud agama Islam “
5. Doa dapat memberikan motivasi dan semangat kepada kita. Hati yang berpaut dengan tali Allah akan sentiasa bersemangat untuk memakmurkan bumi dan memberi menfaat kepada insan lain.
.
6. Doa merupakan penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh ini amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang (sentiasa) mendoakan nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
.
7. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah. Jika penyakit yang berkaitan gangguan jin, doa dapat meningkatkan kebergantungan kepada Allah dan sesungguhnya penyakit dan kesembuhan kesemuanya adalah daripada Allah SWT.
.
8.Amalan doa akan menjadikan kita seorang Muslim yang tidak takut dengan kemungkaran. Dalam dunia serba moden ini, pelbagai jenis kejahatan dan kemungkaran muncul dan menghantui hidup kita. Jika sentiasa berdoa, Allah akan memberikan kekuatan kepada hambanya untuk menempuhi segala cabaran dan menentang kemungkaran.
.
” Doa merupakan pengikat kasih sayang antara Muslim “
.
9. Melalui doa, ia juga adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesame mukmin. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya : “Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah.” (Hadis riwayat Muslim). Jadi, berdoa boleh memberikan kesejahteraan kepada orang lain terutamanya ahli keluarga.
.
10. Doa membentuk keyakinan kita kepada Allah SWT dan melambangkan kebergantungan kita sebagai hamba kepadaNya. Allah SWT menyukai hambanya yang selalu bergantung harap kepadanya.
.
Kepentingan Doa Penerang Hati dan Doa Sebelum Belajar
Amalan doa belajar ini adalah tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT dalam urusan pelajaran. Ilmu Allah adalah sangat luas seperti yang tertulis dalam Al Quran iaitu dalam ayat Kursi. Jika kita inginkan kemudahan dan kecepatan dalam memahami ilmu, haruslah memohon kepada-Nya.
Harus kita ingat juga, kecemerlangan dan kejayaan itu adalah milik Allah. Kita merupakan hambanya dan perlulah berdoa dan berusaha demi kejayaan itu. Amalan doa-doa di atas itu adalah untuk meningkatkan keyakinan kita kepada rezeki Allah dalam pembelajaran.
Semoga perkongsian doa sebelum belajar dan doa penerang hati ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua. Sekian, sila share dengan rakan-rakan ya.
Anda Mungkin Meminati : Doa Apabila Kehilangan Barang Agar Dijumpai
