Cara Masak Sardin Tin Sedap dan Cepat ( 4 Bahan Sahaja )

Berikut disertakan cara masak sardin tin, caranya yang cepat, bahan yang minimum dan rasanya sedap sekali. Jom kita lihat terus bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sardin dalam tin ini.

.

Bahan – Bahan Masakan

  1. Sardin Dalam Tin
  2. Bawang Holland ( 1 biji saiz sederhana, dibelah dua dan dipotong melintang )
  3. Cili Padi (3 biji dan dipotong kecil )
  4. Minyak Masak (2 sudu besar )

Barang barang tambahan yang diperlukan hanya sedikit sahaja iaitu minyak masak, cili padi dan bawang holland. Jika tiada bawang holland, boleh juga gunakan bawang merah besar, cuma rasanya akan menjadi sedikit lain, tapi masih sedap dan boleh sahaja. Kemudian, jom kita lihat pula cara masak sardin tin ini. Ini cara yang cepat ya. Kalau bahan dah tersedia, dalam masa 2 minit boleh siap tau.

.

Cara Masak Sardin Tin

  1. Panaskan 2 sudu minyak masak di dalam kuali, tunggu sehingga minyak panas.
  2. Masukkan bawang holland yang telah dipotong, tunggu sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sardin tin. ( bilas tin sardin untuk dapatkan lebihan pati tomato di dalamnya )
  4. Apabila hampir mendidih, masukkan cili potong tadi.
  5. Biarkan mendidih seketika dan masakan sardin kita dah siap.

Haa, senang dan cepat kan cara ini. Kalau gunankan api yang sedikit besar, kurang 2 minit pun boleh siap sebenarnya. Apakah fungsi bawang holland dan cili yang dimasukkan tadi? Sebenarnya, bawang holland digunakan untuk kita mendapatkan rasa manis dan aroma bawang yang wangi. Dan untuk cili pula, adalah untuk rasa pedas dan aroma. Ya, cili juga mempunyai aroma yang tersendiri yang sesuai dipadankan dengan beberapa masakan termasuklah masakan sardin ini.

.

Apa Yang Terkandung Dalam Sardin Tin?

Dalam tin sardin, ianya mengandungi ikan sardin yang telah dicampurkan dengan pes tomato. Di kilang pemprosesan sardin tin, ikan tersebut telah dikukus seketika untuk membunuh bakteria dan sebenarnya ikan tersebut telahpun masak. Dan pes tomato yang digunakan juga telahpun masak dan telah dicampurkan dengan garam, gula dan perasa. Sebab itulah rasa sardin dalam tin ini sedap. Selamat mencuba ya !

Mudahnya cara masak sardin tin ini
Aneka jenama sardin yang terdapat di pasaran

Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *