Cara Masak Pulut Agar Tidak Berkerak
Hai, disini disertakan cara masak pulut agar tidak berkerak. Caranya senang sahaja untuk dilakukan. Ada dua cara masak pulut iaitu menggunakan dapur gas dan yang kedua ialah dengan menggunakan rice cooker. Kedua-duanya tidak susah, ikut keselesaan masing-masing sahaja. Jom kita lihat.
.
Cara Masak Pulut Guna Dapur Gas
.
Bahan – Bahan Masakan
- Pulut 2 cawan
- Air ( anggaran 3-4 cawan )
- Secubit garam
- 1 sudu besar minyak masak
.
Cara Memasak
- Bilaskan 2 cawan pulut di dalam periuk.
- Tambahkan 3 cawan air ke dalam pulut ( terkurang air tidak mengapa, nanti boleh tambah )
- Masukkan secubit garam dan satu sudu minyak masak.
- Masakkan pulut dengan api sederhana atau kecil dengan periuk tertutup. ( api besar akan hangit dan berkerak, api terlalu kecil akan lambat masak )
- Buka tutup periuk sekali sekala untuk melihat keadaan pulut. ( tambah air jika perlu )
- Apabila hampir masak, kacau pulut terutamanya pada bahagian bawah.
- Tutup periuk, kemudian gunakan api kecil sampai pulutnya masak.
Jadi dia atas ini ialah cara memasak pulut dengan menggunakan dapur gas. Cara tradisional sebenarnya dan hanya memakan masa 15 minit untuk masak sepenuhnya. Selamat mencuba ya. Dan di bawah ini pula disertakan cara-cara masak pulut dengan menggunakan rice cooker. Jom kita lihat.
.
Cara Memasak Pulut Guna Rice Cooker
.
Bahan – Bahan Masakan
- Pulut 2 cawan
- Air ( anggaran 3-4 cawan )
- Secubit garam
- 1 sudu besar minyak masak
.
Cara Memasak
- Masukkan 3 cawan air kedalam rice cooker, masakkan air sehingga mendidih ( boleh juga letakkan terus air yang telah mendidih )
- Tambahkan 2 cawan pulut kedalam rice cooker.
- Tekan suiz untuk memulakan proses memasak pulut.
- Sekali sekala, buka tutup rice cooker untuk melihat keadaan pulut ( tambah air jika perlu )
- Apabila hampir masak, kacau pulut terutamanya pada bahagian bawah.
- Tutup periuk, tunggu hingga pulut masak sepenuhnya dan rice cooker off.
.
Kenapa Pulut Berkerak ?
Haa beginilah cara untuk memasak pulut agar tidak berkerak, tidak hangit dan tidak lembik. Sebenarnya yang menyebabkan lembik adalah disebabkan terlebih air. Manakala yang menyebabkan berkerak dan hangit adalah disebabkan oleh api yang besar dan tidak dikacau. Pulut boleh dimakan bersama ikan masin dan kelapa dan juga sedap dimakan bersama pengat durian. Disamping itu, sedap juga jika dijadikan kuih seperti pulut panggang, pulut manis atau kuih sri kaya. Sedap kan.

Anda Mungkin Meminati : Doa Dipermudahkan Urusan Dunia Akhirat