Cara Masak Bubur Nasi Ala McD Yang Sedap

Berikut disertakan cara masak bubur nasi ala McD dengan bahan-bahan yang senang sahaja. Cara buat bubur nasi ini memerlukan persiapan yang sedikit dan resipi yang ringkas sahaja untuk disediakan. Jom kita lihat :

.

Bahan – Bahan Masakan

  1. 1 cawan beras
  2. 1 inci halia muda yang dipotong halus memanjang
  3. 3 ulas bawang putih dipotong halus
  4. 2 inci lobak merah dipotong dadu
  5. 1 cawan isi ayam yang dipotong dadu
  6. 1/2 stok ayam kiub ( boleh juga gunakan 1 sudu teh stok ayam serbuk )
  7. Daun bawang yang dipotong
  8. 1 sudu besar bawang goreng
  9. Garam
  10. Air

Itu sahaja bahan- bahan yang diperlukan untuk memasak bubur nasi ini. Bubur nasi ini sebenarnya adalah bubur ayam kerana dimasukkan di dalamnya isi ayam. Kadang-kadang boleh juga dimasukkan daging lembu untuk menggantikan ayam. Jom kita lihat cara- cara masak bubur nasi ala McD ini pula.

.

Cara Masak Bubur Nasi

  1. Basuhkan1 cawan beras dan toskan.
  2. Masukkan 4 cawan air kedalam beras dan letakkan di atas dapur ( kalau terkurang air, boleh tambah kemudian mengikut citarasa )
  3. Masak nasi sehingga biji nasinya mengembang dengan besar dan hampir menjadi bubur.
  4. Masukkan halia, bawang putih, lobak merah, isi ayam dan kiub ayam.
  5. Kacau seketika, masukkan garam secukup rasa.
  6. Setelah hampir siap, masukkan daun bawang dan bawang goreng.
  7. Siap

Haa, beginilah cara buat bubur nasi yang senang dan ringkas. Bahan – bahannya pun senang sahaja untuk didapati. Untuk menambah selera dan kelazatan bubur nasi, boleh dihidang dengan carikan isi ayam, bilis goreng, telur masin dan kicap. Taburkan bawang goreng dan daun bawang tambahan, semestinya menyelerakan. Boleh dijadikan sarapan pagi ataupun makan malam. Hidangannya ringan tetapi mengenyangkan.

Senangnya cara masak bubur nasi
Hidangan bersama telur masin sungguh menyelerakan

Anda Mungkin Meminati : Doa Dipermudahkan Urusan Dunia Akhirat

.

Tips Memasak Bubur Nasi

Yang pertama ialah tips untuk melembutkan nasi agar cepat menjadi lembik dan bubur. Masa yang diambil untuk melembutkan nasi adalah yang paling lama dalam proses memasak bubur nasi ini. Jadi, semasa ianya mendidih, kacau selalu nasinya agar senang lembut dan senang menjadi bubur. Jika kekurangan air, tambahkan air agar nasi senang lembut.

Tips kedua ialah rasa dominan untuk bubur nasi. Pastikan halia dan bawang putih mencukupi untuk memasak bubur nasi kerana bahan yang berdua inilah yang memberi rasa utama kepada bubur nasi. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Meminati : Jenis Jenis Keladi Yang Boleh Dimakan dan Tidak Beracun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *