Cara Buat Tempoyak Cukup Rasa

Perkongsian cara buat tempoyak ini dibuat oleh rakan kita di media sosial dan telah mendapat perkongsian yang banyak oleh orang lain. Menurut kaedah yang dikongsikan, cara buat tempoyak agar cukup rasanya adalah senang sahaja dan tidak rumit. Jom kita lihat intipati yang dikongsikan oleh rakan kita.

.

Bahan-Bahan Membuat Tempoyak

  1. Durian
  2. Garam

Sedikit sahaja bahannya untuk membuat tempoyak ini. Cuma apa yang menjadikannya lain daripada yang lain ialah, nisbah campuran yang digunakan. Tempoyak yang cukup rasa adalah tidak terlalu masin dan tidaklah terlalu tawar. Rasanya mestilah secukup rasa.

.

Cara Buat Tempoyak

  1. Dapatkan sebiji durian (Boleh gunakan durian yang elok ataupun durian yang hampir rosak )
  2. Asingkan isi daripada bijinya ( biasa akan dapat 200 g isi daripada durian bersaiz sederhana)
  3. Ratakan isinya dalam bekas yang lebar ( Gunakan mangkuk pun boleh )
  4. Ratakan 2 sudu kecil garam harus di permukaan isi durian tersebut.
  5. Gaul isi durian bersama garam biar sekata.
  6. Masukkan ke dalam bekas yang kedap udara.
  7. Biarkan semalaman , dan tempoyak sudah tersedia untuk dinikmati.

.

Masakan Yang Menggunakan Tempoyak

  1. Ikan Patin Masak Tempoyak

Jika di negeri Pahang, terkenal dengan ikan patin masak tempoyak kan. Ya, tempoyak dijadikan sebagai bahan asas untuk memasak ikan patin masak tempoyak. Apa fungsi tempoyak dalam masakan tersebut? Tempoyak memberikan rasa dan aroma yang unik kepada masakan tersebut. Di samping itu, tempoyak juga memberikan warna kekuningan dan rasa lemak dan masam kepada masakan itu. Tempoyak yang diperam dalam tempoh yang lama akan berasa sedikit masam.

2. Asam Pedas

Di bahagian pantai timur juga terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu, tempoyak dimasukkan juga ke dalam masakan asam pedas ikan air tawar. Ini bagi memberikan aroma yang harum pada masakan tersebut.

3. Dimakan Bersama Ulam

Tempoyak diolah dengan pelbagai cara agar sesuai dimakan bersama ulam. Di kebanyakan negeri di Malaysia, tempoyak diolah bersama cili hidup untuk dijadikan sambal tempoyak dan dicicah dengan ulam. Sementara itu, di negeri Kelantan dan Terengganu, tempoyak dicampur dengan budu dan dijadikan bahan pencicah ulan dan ikan bakar. Dan ianya menaikkan selera makan.

Cara buat tempoyak tradisional
Durian untuk dijadikan tempoyak

Anda Mungkin Meminati : Doa Belajar, Doa Sebelum Belajar dan Doa Penerang Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *